Unknown
Boringnya harini.. datang keja, tapi tiada siapa pula. Ada sorg ja kwn, tapi nun jauh disanan pulak, tak boleh lah nak bergosip2 harini.. Tapi tak apalah.. boleh la luangkan masa kt sini pulak. Dah lama tak masuk ruangan ini. Nak tahu update terkini Glee Glossy boleh la klik di MyBb-Icare. Kat sini banyak cerita terkini tentang Glee Glossy. 

Set kain cadar, Glee Glossy beli sendiri, mudah jerr,, beli set yang dah siap dah. Kalau di kedah, area Kuala Ketil tu murah-murah jer. Banyak pilihan pula tu. Walaupun tu kawasan pendalaman sikit, tapi design dia tak lah ketinggalan sangat. Sesuai dengan peredaran semasa.

Hiasan bunga pula, Glee Glossy beli kat Alor setar, di kedai Borong Din area pekan rabu tu. Disana pun ada jual semua barang perkahwinan ini. Harga pun lagi murah dari kat Nilai.
 Glee Glossy dah pun servey harga kat sana. Ternyata lagi murah. Terutamanya barang-barang 'doorgift' ni. Pergi lah cari kat sana. Murah sangat. Barang yang murah ini, boleh la jimat sikit kos, tak pun sekurang-kurangnya boleh la kita lebihkan sikit kuantiti barang tu. Kalau dulu plan 'doorgift' untuk tetamu 500org saja, tapi kat sana, kita boleh beli sampai 1000org. Tak risau lagi dah. 



Tengok tu.. cantikkan cadar tu. siap dengan bantal yang comel-comel lagi tu. Harga tak sampai RM100 pun. Kalau nak sewa, harga tak boleh dapat macam nie, dah tu, bukan boleh ambil terus pun.. so... Glee Glossy syorkan, baik beli jer sendiri. Glee Glossy dah kahwin hampir 1tahun dah. Bilik Glee Glossy masih lagi macam nie.  Hari-hari rasa macam baru kahwin jer. heee




Hiasan kain kat belakang tu, macam sebelum nie lah. Glee Glossy pernah cerita kat dalam HiasPelaminku . Kain nie dibeli sekali dengan kain untuk hias pelamin. 1meter kain baru RM1.50. Tak sampai 10meter pun untuk ruangan nie. Simple ja hiasan dia. Tapi comel kan.. heee 


Kesimpulannya.. untuk hiasan keseluruhan bilik ini, baru RM100. Berbeza kalau kita sewa di butik-butik pengantin. Mahal berkali-kali ganda. Kalau semuanya dibuat sendiri, lagi murah, jimat, boleh ikut citarasa sendiri, dan paling penting. boleh pakai sampai kita sendiri dah boring nak tengok. Kalau kita sewa, kenduri belum habis pun, diaorang silap2 dah mintak untuk kita tanggalkan barang-barang hiasan nie..


heee... ok. that all for today.. bye bye...

Unknown
Salam tengah Hari semua..
Hari ini Glee Glossy nat pot pet sikit tentang pelamin angan ku. Ini bukan cerita pelamin anganku musnah. Ini pelamin anganku yang dah pun dimiliki Glee Glossy. Siapa sangka orang yang tak sekreatif Glee Glossy boleh juga hiaskan pelamin yang sangat cantik... sooo sweet. Tak pernah pun terfikir sebelum ini. 

Untungnya Glee Glossy sebab rumah Glee Glossy dah pun ada tempat khas untuk pelamin. So tak perlu lah nak hias teruk-teruk. Dah design cantik dah. Tambah jer sikit-sikit hiasan, rapon-rapon kat situ, dahhhh siap. Glee Glossy banyak berjimat. Ya lah.. bukan banyak sangat bajek yang ada pun. Sekadar hias sikit-sikit jer. Semua tu pun beli ala kadar jer.

Kain untuk mendeko pun murah jer, semeter baru RM1.50. 10meter pun baru 15ringgit. Kalaulah Glee Glossy nie pandai menjahit, dah lama dah jahit sendiri, tapi apakan daya, tangan belum lagi dilentur untuk itu. Nasiblah kat area kampung Glee Glossy tu ada tukang jahit kampung. Murah lah sikit upahnya. Bagi yang tak berduit, tapi still nak cantik dihari kawen nanti, boleh lah ikut cara Glee Glossy. Untuk keseluruhan kos RM500 jer. Siap untuk pelamin, bilik pengantin dan tirai (langsir) satu rumah. Nak hias nie tak semestinya tunggu kreatif. Kalau semua pakat-pakat sher idea, mesti cantik punya lah. Glee Glossy nie lagi lah,budak construction kot, mana lah tahu hias menghias ini, tak pernah sekali pun kot dok buat kerja-kerja macam nie, tapi atas usaha dan kerjasama keluarga, pandai lah juga. Orang cakap jadi lah jugak dan cantik pula tu.

Jom usya sikitmacam manalah Glee Glossy menghias pelamin sendiri.


Ini first decoration. Masa ini baru cuba-cuba nak berdeko. hehe. 

Ini hasilnya. Tak salah mencuba dulu, rumah kita, kita sendiri boleh buat, ikut kehendak dan citarasa sendiri.









Hmm... ringkas jer kan. but still soo sweet. Total kos pun tak sampai RM150 ringgit.  



Unknown

Pertama kali aku…

bertemu dengannya…
dia…
begitu sombong denganku…
bg nya aku…
tidaklah seberapa dibandingkan dengan…..
permata dihadapannya….
Permata…..
Yang cantik dan sejuk bagi setiap mata yang memandangnya…..

Dia….

Menjadi teman yang begitu istimewa buat si permata…
Harapan yang menggunung buat si permata telah hancur lebur bila aku dikatan sebagai penghalang dalam jalinan dua perhubungan…

Aku…

Mengetahuinya sesudah aku mula mengharapkan sesuatu yang indah dari Dia.
Dan membuatkan harapan itu kian hari kian layu ….
Ketahuilah… bahawa aku bukan lah penghalang dalam jalinan dua insan…
Sedarlah…bahawa itu alasan si permata

Hari….

Hari….
Dan Hari…..
Kian berlalu…
Berlalu pergi….
Dan hubungan aku dengan dia kian hari kian mesra kembali..
Dan harapan layu itu kini ia subur kembali..


Si permata..

Andainya aku berkesempatan lagi bertemu dengan mu… ingin ku katakan bahawa aku sangatlah menyukai dia…
Ingin aku katakan pada kamu bahawa aku tidak akan sesekali marah bila aku difitnah sebagai penghalang jalinan dua insan.
Kerana dia… sangatlah berharga buatku…
Namun… aku bersyukur kerana aku tidak dipertemukan dengan mu wahai permata, kerana sesungguhnya aku akan malu dan teramat malu apabila hati dan perasaannya akan sentiasa memilih mu.. bukan aku, wahai permata….

Wahai permata…

Ketahuilah… bahawa sesungguhnya aku tidak akan sesekali dapat menjadi permata seperti mu..
Kerana aku… hanyalah sekadar cebisan kaca yang tiada nilainya.
Kaca..yang hanya akan melukai orang yang mendekatinya…

Buat si dia…

yang pernah singgah dalam hidupku…
dengarlah… bahawa aku tidak lagi akan menyukai kamu dan mengharapkan kamu…
tetapi berikan lah aku sedikit waktu untuk aku membetulkan kembali.
Akan ku berjanji bahawa aku akan satukan kembali kamu.
Tidak lagi aku menjadi penghalang jalinan dua insan lagi…..

Wahai si dia…

Aku bersyukur kerana aku semakin hampir dengan janji ku..
Aku berjaya menemui seseorang sebagai pengganti mu..
Akan ku buktikan kepada mu..
Masih ada insan yang akan menyukaiku lebih dari aku menyukaimu.

Dan aku

Berusahalah untuk memajukan diri dan terus majukan diri.
Melangkah lah kehadapan tanpa perlu memandang ke belakang.
Berilah peluang untuk membahagiakan diri sendiri.
Dan hiduplah dengan apa yang ada sekarang.


copyright :yahoo.com