Pertama kali aku…
bertemu dengannya…
dia…
begitu sombong denganku…
bg nya aku…
tidaklah seberapa dibandingkan dengan…..
permata dihadapannya….
Permata…..
Yang cantik dan sejuk bagi setiap mata yang memandangnya…..
Dia….
Menjadi teman yang begitu istimewa buat si permata…
Harapan yang menggunung buat si permata telah hancur lebur
bila aku dikatan sebagai penghalang dalam jalinan dua perhubungan…
Aku…
Mengetahuinya sesudah aku mula mengharapkan sesuatu yang
indah dari Dia.
Dan membuatkan harapan itu kian hari kian layu ….
Ketahuilah… bahawa aku bukan lah penghalang dalam jalinan
dua insan…
Sedarlah…bahawa itu alasan si permata
Hari….
Hari….
Dan Hari…..
Kian berlalu…
Berlalu pergi….
Dan hubungan aku dengan dia kian hari kian mesra kembali..
Dan harapan layu itu kini ia subur kembali..
Si permata..
Andainya aku berkesempatan lagi bertemu dengan mu… ingin ku
katakan bahawa aku sangatlah menyukai dia…
Ingin aku katakan pada kamu bahawa aku tidak akan sesekali
marah bila aku difitnah sebagai penghalang jalinan dua insan.
Kerana dia… sangatlah berharga buatku…
Namun… aku bersyukur kerana aku tidak dipertemukan dengan mu
wahai permata, kerana sesungguhnya aku akan malu dan teramat malu apabila hati
dan perasaannya akan sentiasa memilih mu.. bukan aku, wahai permata….
Wahai permata…
Ketahuilah… bahawa sesungguhnya aku tidak akan sesekali
dapat menjadi permata seperti mu..
Kerana aku… hanyalah sekadar cebisan kaca yang tiada
nilainya.
Kaca..yang hanya akan melukai orang yang mendekatinya…
Buat si dia…
yang pernah singgah dalam hidupku…
dengarlah… bahawa aku tidak lagi akan menyukai kamu dan
mengharapkan kamu…
tetapi berikan lah aku sedikit waktu untuk aku membetulkan
kembali.
Akan ku berjanji bahawa aku akan satukan kembali kamu.
Tidak lagi aku menjadi penghalang jalinan dua insan lagi…..
Wahai si dia…
Aku bersyukur kerana aku semakin hampir dengan janji ku..
Aku berjaya menemui seseorang sebagai pengganti mu..
Akan ku buktikan kepada mu..
Masih ada insan yang akan menyukaiku lebih dari aku
menyukaimu.
Dan aku
Berusahalah untuk memajukan diri dan terus majukan diri.
Melangkah lah kehadapan tanpa perlu memandang ke belakang.
Berilah peluang untuk membahagiakan diri sendiri.
Dan hiduplah dengan apa yang ada sekarang.
Post a Comment